Thursday 16 June 2011

pemakmur bumi 

seperti yang sedia maklum, manusia akan membesar dan membesar. masa akan terus berjalan. dan manusia juga akan terus meningkat usia hari demi hari. kadang-kadang kita lupa kepada kenyataan yang sebenar penciptaan kita di muka bumi ini. kenyataan yang sepatutnya menjadi testimoni utama insani di muka bumi ini. MENJADI KHALIFAH MEMAKMURKAN MUKA BUMI. Malangnya manusia terus menjadi serakah dalam setiap khazanah yg melimpah ruah.

kebobrokan insani 

kalau diperhatikan setiap ruang akhbar dan bulitin utama sama ada warta terkini atau edisi semasa. anda sudah pasti akan melihat setiap perilaku keganasan, pembunuhan, pelacuran, dan yg paling utama kebejatan remaja masa kini. masalah terus membelenggu tanpa henti. dan yang paling malangnya. ia melibatkan UMMAH ISLAM. Dimana panduan insan yg mengaku mengucap dua kalimah syahadah? dan dimana kita meletakkan alQuran dan as sunnah? 

nantikanlah pembalasan anda  

janji Allah itu benar, mati itu juga benar, alam kubur itu benar, alam akhirat itu benar. syurga itu benar. dan neraka itu benar. maka bangunlah ummah-ummah ku sekalian kembali ke pangkal jalan. mulakan kehidupan berlandaskan agama yg benar. ADDIN NUR ISLAM. jangan nanti kala kita melihat matahari sudah tiada di timur lagi. maka lihatlah janji-janji yg sebenar, kala terbitnya mentari di barat. kalam di kiri dan kanan mu sudah tamat dan tiada lagi diterima semuanya. pesanan untuk ku, kamu, dan seluruh ummah. menjadi pedoman dan menjadi tauladan


No comments:

Post a Comment