Thursday 23 June 2011

TAJUL SALATIN




Dengarlah olehmu hai yg budiman
Budi itulah sungguh pohon ahsan
kerana ahsan itu puri budilah
jika lain maka lain jadilah
org yg berbudi itu kayalah
yg bukan berbudi itu papalah
jika kau dapat harta alam ini
dan budi kurang padamu di sini
bahawa kesini jua namamu
dan segala ke sini pun adamu
jika kamu mahu menjadi kaya
mintalah budi bagimu cahayai
hai Tuhanku Bukhari yg biasa
minta selamat budi sentiasa
sudah taju'ssalatin fi lawhir
dan Bukhari dengan taju itu fakir 
seribu syukur kepada Tuhannya


sebuah karya unggul Bukhari al Jauhari yg menggambarkan masyarakat melayu nusantara dan gugusan kepulauan melayu mempunyai dan memiliki satu keindahan dalam berbahasa.
mempunyai kesenian dalam berbicara.
penuh madah
puitis
sinis
agung karyanya
dan utama pendidikan yg disalurkan melalui bahasa.
keutamaan pendidikan dalam masyarakat.
berteraskan 3 prinsip dalam islam. 
aqidah
ibadah
ehsan.
ku persembahkan karya ini dari tajul salatin sebuah karya epik ketatanegaraan dan undang2 melayu tradisional 

1 comment:

  1. Tuan.. boleh dptkan naskah ni sebuah untuk saya. brapa harga yg perlu sy bayar.

    ReplyDelete