Tuesday 29 March 2011

Sains itu proses dan seni itu adalah hasilnya..... 

siapa kata ALquran itu ketinggalan? siapa kata Alquran tiada kaitan dengan sains? silap....... alquran itulah sains. dan sains itu sendiri terkandung di dalamnya. 
dalam ilmu sains yang disampaikan dalam kalamullah itu, ia tersusun dengan penuh kesenian. Alquran itu sendiri merupakan kesenian yang teragung. terunggul. penuh keunikan.  

Saturday 26 March 2011

Rumah ketenangan.....


Rumah ini lambang ketenangan perindunya.
rumah ini menjadi saksi cinta manusia kepada Tuhannya.
rumah ini juga menjadi lambang kemegahan umatnya.
namun semakin menurun pengunjung untuk iktikaf di dalamnya.
semakin hilang perindu yang mencintainya.
semakin hilang juga mereka yang sentiasa mengunjunginya untuk mengabdikan diri sepenuhnya.
kemana hilangnya ummah yang menjadikan rumah ini sebagai tempat ibadahnya?
sungguh hairan.
itulah manusia.
walau berdiri megah rumah ini, ia hanya menjadi lambang sahaja.
tidak menjadi pendorong solusi manusia.
tidak menjadi pemantapan untuk merubah bangsa.
sedangkan keagungan semakin di lupakan.
kisah silam megahnya islam semakin pudar.
sewajarnya menjadi pendorong jihad.
agungnya lampau hampir sepertiga dunia ditakluk. 
tika itu amah megah islam.
namun mengapa ummah masa kini melupakannya.
barat diagung-agungkan.
ketimuran dan nilai2 islam ditinggalkan.
wacana ini harus diabdikan.
menjadi kenangan.
menjadi tauladan.
kerana islam itu addin.
penung kesyumulan
moga kita sebagai khalifah terus menegakkan islam
terus membangunkan islam.
kerana kitalah ummah akhir zaman.
penuh tipu daya syaitan yang menyesatkan ummah beriman.
sesungguhnya Rasulullah amat mencintai ummah akhir zaman.
kerana kita tidak pernah berjumpa Baginda, namun kita terus mempertahankan islam.
itulah kelebihan kita.
jangan dipersiakan.
jangan sesekali kita tinggalkan.
kerana sesungguhnya syurga itu benar.
neraka juga benar.
akal menjadi lambang manusia.
al Quran itu tunjangnya.
hadis pelengkapnya.
amalkanlah.
itulah pelindung manusia.
 

Friday 25 March 2011

cerita tentang sebuah kesunyian......

kadang2 seseorang pasti akan merasai saat kesunyian dimana dia pasti akan berasa tiada siapa disisinya. malangnya manusia kadang2 alpa dengan sang Maha Pencipta. Maha Melihat lagi Maha Mengetahui. sering mendengar bisikan kita yang tidak didengari oleh manusia lain. jadikanlah Allah sebagai tempat mengadu. sesungguhnya Allah pasti akan mendengar. Allah tidak akan sesekali mengabaikan manusia yang sentiasa merintih kepadanya. 

Sesungguhnya kita sebagai hamba yang menghuni dunia yang fana ini pasti akan kembali ke daerah yang sepi. Di situ tiada peneman. Tiada berdua. Kita akan berseorangan di liang lahad. hanya amalan kebaikan, doa anak2 yg soleh dan sedekah jariah yg menjadi peneman di kala kita keseorangan di situ. di kala malaikat mendatang. tiga perkara itu yg akan membantu kita. 

Manusia juga tidak akan pernah terlepas dari melakukan kesilapan. kesilapan paling banyak akan berlaku saat kita berseorangan. aku sendiri tidak pernah terlepas dari masalah ini. Bila manusia berseorangan, pasti syaitan akan menggoda kita. membisikan deru2 kerosakan dan kebinasaan. itulah sifat syaitan yg maha menyesatkan. iman menjadi pendinding diri. takwa menjadi penghias. itulah sebaik-baik manusia.  

Monday 21 March 2011

PENAT...

Letih. badan berbunyi. pelik tak???? hehehe.. apa tak nye... tulang2 aku kan pelik. kekiri bunyi. ke kanan bunyi. tak tau la. pe pe pon. sabar. setiap pekerjaan memerlukan kekuatan. walaupun hanya kerja yang ringan. setiap pekerjaan adalah anugerah dari Allah. setiap apa yang manusia lakukan pasti ada rasa nikmatnya. setiap pekerjaan yang di lakukan semata-mata kerana Allah, dan alhamdulillah aku amat bersyukur aku rasa bahagia dalam pekerjaan yang aku lakukan. syukur..........

untuk sekian kalinya.... aku dapat gaji untuk pekerjaan bulan pertama aku bekerja. sekali laki aku mengucapkan syukur kepada Allah. setiap titik peluh aku bermakna sangat. setiap apa yang aku lakukan telah dibalas. namun aku mengharapkan redha Allah. itulah matlamat penting setiap ummah manusia yg hidup di muka bumi ini. 

dengan duit yang tak seberapa itulah, aku akan gunakan untuk melenjutkan pelajaran. aku tahu memeng tak cukup, tapi dapat juga aku membantu meringankan bebean mak bapak aku untuk aku meneruskan pengajian di peringkat universiti nanti. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS...................... AKU MENUNGGU MU. AKU AKAN BERUSAHA UNTUK MENYAMBUNG ILMU AKU DI SITU........... PASTIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII 

Sunday 20 March 2011

Kerja dan kerja......... Terus berkerja.

pagi terus berlalu. matahari pun mula memancarkan sinarannya. aku mulakan hari ini dengan bacaan basmalah. Ya Allah, moga kau berkatilah hari ini. nampaknya panas tidak kepetang. hujan pula di tengah hari. titis hujan mula membasahi bumi. namun kerja perlu terus dijalankan. bukan bermakna apabila hujan, segala aktiviti perlu dihentikan. tidak sama sekali. keuntungan perniagaan mula bertambah. syukur ke hadrat Allah. aku berterima kasih. ujian terus diberi. gelora ombak menghempas pantai kelihatan menggila. ombak badai menyebabkan limpahan air laut melimpah kepantai. Ya Allah lindungilah aku. aku bimbang sesuatu akan berlaku. gelora terus mengganas. tidak belas langsung dengan manusia sekeliling. dalam melihat keadaan itu, segelintir manusia tidak mengenal erti dosa mahupun pahala terus melakukan onar. indah pantai menjadi sandiwara asmara mereka. penuh noda dan dosa. aku hanya menggelingkan kepala. moga mereka ketemu hidayah suatu hari nanti. Amin........ 

Thursday 17 March 2011

hari kraf kebangsaan... 
pertama-best.
kedua-rambang mata.
ketiga-aku menghabiskan duit.
keempat-puas.
kelima-untung besar.
keenam-ramai kenalan.
ketujuh- i love kraf malaysia. hehehe 

Wednesday 16 March 2011

 BAWAH SINARAN BULAN.
KULIHAT CAHAYA BERKELIPAN.
SEBUTIR BINTANG BERCAHAYA.
TANDA KUASANYA TUHAN YANG MAHA ESA.

DI SAAT KULIHAT BURUNG-BURUNG BERTERBANGAN.
DI SAAT KULIHAT CAMAR HILANG DI BALIK AWAN.
AKU BERSYUKUR PADA TUHAN.
AKU MASIH BERNAFAS.
MASIH MELIHAT INDAHNYA SIANG DAN MALAM.
MASIH SEGAR MENIKMATI NYAMANNYA UDARA

SYUKUR KU TAK TERHINGGA.
TAK MAMPU TERUCAP DENGAN KATA-KATA
TAK BISA DIUNGKAP OLEH BICARA SEMATA.
MUNGKIN AKU MASIH LAGI LEKA DENGAN ARUS SEMASA DUNIA.
MASIH LALAI DALAM GELOMBANG FANA.
LEKA TAK PADAM DI MATA.

SEDANG DUNIA TERUS MENERIMA AMUKNYA SENSARA
AKIBAT SERAKAHNYA MANUSIA
KEBOBROKAN TERUS MERATAH TULANG-TULANG RETAK MANUSIA YG LEKA HANYUT DALAM KEBEJATAN

TAPI...........
SYUKUR KU TAK TERHINGGA
KERANA AKU MASIH LAGI DIBERI PELUANG MENEBUS SEGALA KESILAPAN YANG TERCEMAR
OLEH SILAPNYA JASAD BERTUANKAN NAFSU SEMATA.
HAUS MENGEJAR SYAITAN LAKNAT DURJANA
MENYESATKAN UMMAH ADAM DI DUNIA.
SEDANG MEREKA BERSORAT GEMBIRA HASIL SERAKAHNYA MANUSIA.
YANG TAK KENAL SYAITAN ATAU MALAIKAT BERBICARA
HERMMMMM
MANUSIA MEMANG LEKA 
MUNGKIN AKU TURUT TERGOLONG SAMA.
MUNGKIN JUGA AKU SILAP DALAM PERCATURAN DUNIA.
ATAU AKU YANG TERSESAT DALAM LORONG-LORONG YANG BERLIKU.
HANYUT DALAM JALAN-JALAN YANG BERSELIRAT
TANPA TANDA ATAU SEBARANG TANDA.
PENGHUJUNG JALAN ATAU PERMULAAN KITA............

kepalaku pening.................................
pilihan yang terlalu memeningkan...
1-AT01 PENDIDIKAN (KESUSASTERAAN MELAYU)
2-AT32 PENDIDIKAN (SEJARAH)
3-KA17 IJAZAH SARJANAMUDA SASTERA DENGAN KEPUJIAN (PERSURATAN MELAYU)
4-MA13 SARJANA MUDA PENGAJIAN MELAYU (BAHASA MELAYU)
5-HA24 SEJARAH
6-MA14 SARJANA MUDA PENGAJIAN MELAYU (KESUSASTERAAN MELAYU)
7-KA24 IJAZAH SARJANAMUDA SASTERA DENGAN KEPUJIAN (SEJARAH)
8-MA11 SARJANA MUDA PENGAJIAN MELAYU (KESENIAN MELAYU)  

Monday 14 March 2011

Kawan Seperti bayangan Cermin.

     Kadang-kadang siapa sangka dia yang sentiasa menjadi sahabat kita sebenarnya musuh yang paling nyata,. siapa sangka dia yang menjadi tempat kita ketawa merupakan lawan yang paling kuat seterunya. dan siapa sangka dia yang lama kita kenal rupa-rupanya menjadi duri dalam kehidupan kita. Allah sahaja tempat sebaik-baik meluahkan rasa luka dan rasa calarnya hati. bukan menyesal apa yang sudah terjadi. bukan juga sengaja meluahkan untuk tatapan semata. Tetapi mungkin boleh menjadi suatu pengajaran, agar kita sebagai manusia, sebaik-baiknya hanya berserah kepada Allah selaku Tuhan semesta alam. Setiap kali aku ketawa dia pasti ada. tiap kali ada sesuatu perkara, mesti dia ada. untuk pengetahuan sesiapa yang membaca, dia bukanlah seseorang yg istmewa. hanya bergelar sahabat. mungkin sahabat sehati sejiwa. mungkin juga seorang sahabat saat kita gembira sahaja. dan mungkin juga sahabat yg akan membawa aku ke lembah neraka. jangan salah sangka. bkan dia mengajak aku kearah maksiat tetapi perbuatan dia yg mendorong aku kearah gerbang jahannam. sebab membuatkan aku menyimpan dendam.seperti api di dalam sekam. membakar dalam sembunyi. terus musnah dan barulah ada manusia menyedarinya. perlukah kita seperti itu. atau mungkin juga aku yg terjerumus dalam masalah itu. Allah. hanya Tuhan sahajalah tempat aku bergantung. Kau lah ya Allah tempat aku menyerahkan jiwa dan ragaku.