Saturday 26 March 2011

Rumah ketenangan.....


Rumah ini lambang ketenangan perindunya.
rumah ini menjadi saksi cinta manusia kepada Tuhannya.
rumah ini juga menjadi lambang kemegahan umatnya.
namun semakin menurun pengunjung untuk iktikaf di dalamnya.
semakin hilang perindu yang mencintainya.
semakin hilang juga mereka yang sentiasa mengunjunginya untuk mengabdikan diri sepenuhnya.
kemana hilangnya ummah yang menjadikan rumah ini sebagai tempat ibadahnya?
sungguh hairan.
itulah manusia.
walau berdiri megah rumah ini, ia hanya menjadi lambang sahaja.
tidak menjadi pendorong solusi manusia.
tidak menjadi pemantapan untuk merubah bangsa.
sedangkan keagungan semakin di lupakan.
kisah silam megahnya islam semakin pudar.
sewajarnya menjadi pendorong jihad.
agungnya lampau hampir sepertiga dunia ditakluk. 
tika itu amah megah islam.
namun mengapa ummah masa kini melupakannya.
barat diagung-agungkan.
ketimuran dan nilai2 islam ditinggalkan.
wacana ini harus diabdikan.
menjadi kenangan.
menjadi tauladan.
kerana islam itu addin.
penung kesyumulan
moga kita sebagai khalifah terus menegakkan islam
terus membangunkan islam.
kerana kitalah ummah akhir zaman.
penuh tipu daya syaitan yang menyesatkan ummah beriman.
sesungguhnya Rasulullah amat mencintai ummah akhir zaman.
kerana kita tidak pernah berjumpa Baginda, namun kita terus mempertahankan islam.
itulah kelebihan kita.
jangan dipersiakan.
jangan sesekali kita tinggalkan.
kerana sesungguhnya syurga itu benar.
neraka juga benar.
akal menjadi lambang manusia.
al Quran itu tunjangnya.
hadis pelengkapnya.
amalkanlah.
itulah pelindung manusia.
 

No comments:

Post a Comment