Monday 14 March 2011

Kawan Seperti bayangan Cermin.

     Kadang-kadang siapa sangka dia yang sentiasa menjadi sahabat kita sebenarnya musuh yang paling nyata,. siapa sangka dia yang menjadi tempat kita ketawa merupakan lawan yang paling kuat seterunya. dan siapa sangka dia yang lama kita kenal rupa-rupanya menjadi duri dalam kehidupan kita. Allah sahaja tempat sebaik-baik meluahkan rasa luka dan rasa calarnya hati. bukan menyesal apa yang sudah terjadi. bukan juga sengaja meluahkan untuk tatapan semata. Tetapi mungkin boleh menjadi suatu pengajaran, agar kita sebagai manusia, sebaik-baiknya hanya berserah kepada Allah selaku Tuhan semesta alam. Setiap kali aku ketawa dia pasti ada. tiap kali ada sesuatu perkara, mesti dia ada. untuk pengetahuan sesiapa yang membaca, dia bukanlah seseorang yg istmewa. hanya bergelar sahabat. mungkin sahabat sehati sejiwa. mungkin juga seorang sahabat saat kita gembira sahaja. dan mungkin juga sahabat yg akan membawa aku ke lembah neraka. jangan salah sangka. bkan dia mengajak aku kearah maksiat tetapi perbuatan dia yg mendorong aku kearah gerbang jahannam. sebab membuatkan aku menyimpan dendam.seperti api di dalam sekam. membakar dalam sembunyi. terus musnah dan barulah ada manusia menyedarinya. perlukah kita seperti itu. atau mungkin juga aku yg terjerumus dalam masalah itu. Allah. hanya Tuhan sahajalah tempat aku bergantung. Kau lah ya Allah tempat aku menyerahkan jiwa dan ragaku.

No comments:

Post a Comment