Sunday 20 March 2011

Kerja dan kerja......... Terus berkerja.

pagi terus berlalu. matahari pun mula memancarkan sinarannya. aku mulakan hari ini dengan bacaan basmalah. Ya Allah, moga kau berkatilah hari ini. nampaknya panas tidak kepetang. hujan pula di tengah hari. titis hujan mula membasahi bumi. namun kerja perlu terus dijalankan. bukan bermakna apabila hujan, segala aktiviti perlu dihentikan. tidak sama sekali. keuntungan perniagaan mula bertambah. syukur ke hadrat Allah. aku berterima kasih. ujian terus diberi. gelora ombak menghempas pantai kelihatan menggila. ombak badai menyebabkan limpahan air laut melimpah kepantai. Ya Allah lindungilah aku. aku bimbang sesuatu akan berlaku. gelora terus mengganas. tidak belas langsung dengan manusia sekeliling. dalam melihat keadaan itu, segelintir manusia tidak mengenal erti dosa mahupun pahala terus melakukan onar. indah pantai menjadi sandiwara asmara mereka. penuh noda dan dosa. aku hanya menggelingkan kepala. moga mereka ketemu hidayah suatu hari nanti. Amin........ 

No comments:

Post a Comment