Thursday, 16 June 2011

pemakmur bumi 

seperti yang sedia maklum, manusia akan membesar dan membesar. masa akan terus berjalan. dan manusia juga akan terus meningkat usia hari demi hari. kadang-kadang kita lupa kepada kenyataan yang sebenar penciptaan kita di muka bumi ini. kenyataan yang sepatutnya menjadi testimoni utama insani di muka bumi ini. MENJADI KHALIFAH MEMAKMURKAN MUKA BUMI. Malangnya manusia terus menjadi serakah dalam setiap khazanah yg melimpah ruah.

kebobrokan insani 

kalau diperhatikan setiap ruang akhbar dan bulitin utama sama ada warta terkini atau edisi semasa. anda sudah pasti akan melihat setiap perilaku keganasan, pembunuhan, pelacuran, dan yg paling utama kebejatan remaja masa kini. masalah terus membelenggu tanpa henti. dan yang paling malangnya. ia melibatkan UMMAH ISLAM. Dimana panduan insan yg mengaku mengucap dua kalimah syahadah? dan dimana kita meletakkan alQuran dan as sunnah? 

nantikanlah pembalasan anda  

janji Allah itu benar, mati itu juga benar, alam kubur itu benar, alam akhirat itu benar. syurga itu benar. dan neraka itu benar. maka bangunlah ummah-ummah ku sekalian kembali ke pangkal jalan. mulakan kehidupan berlandaskan agama yg benar. ADDIN NUR ISLAM. jangan nanti kala kita melihat matahari sudah tiada di timur lagi. maka lihatlah janji-janji yg sebenar, kala terbitnya mentari di barat. kalam di kiri dan kanan mu sudah tamat dan tiada lagi diterima semuanya. pesanan untuk ku, kamu, dan seluruh ummah. menjadi pedoman dan menjadi tauladan


Monday, 9 May 2011

manusia sentiasa lupa untuk terus bersyukur dan mendambakan kesyukuran.


kalau dikurniakan kebahagiaan, manusia alpa dan leka.
menjadi lalai dan tergoda.
kalaulah manusia itu diberi segunung emas dan permata,
pasti manusia menginginkan lebih dan lebih.
melangit dan meninggi
sentiasa menghemburkan emas dan harta dunia pada kesenangan yg fana dan sementara. 

Friday, 29 April 2011

Hidup tak selalunya cerah.... dan hidup juga tak selalunya indah.


kesempurnaan hidup bukan berlandaskan kepada kegembiraan semata mata. tetapi manusia kadang2 memerlukan kedukaan sebagai mewarnai kehidupan. dan aku tak terkecuali dalam mewarnakan kanvas kehidupanku. manusia kadang2 memerlukan air mata untuk mengubat hati. manusia juga memerlukan kesedihan untuk meluahkan apa yang terpendam. gembira bukan hak mutlak dalam hidup manusia. merintihlah untuk melegakan hati yang sedang merana. dan air mata juga salah satu penawar manusia menuju ke syurga. mengalirkan lah air mata mu tanpa mengira lelaki ataupun wanita. tiada pengasingan dalam kita untuk mencurahkan kesedihan. buang lah ego mu. 

Monday, 18 April 2011

Hidup seseorang memerlukan kekuatan diri yang ampuh. 


iman merupakan tiang. 
kukuh di pasaknya.
walau ditiup angin.
walau dilambung badai.
kukuh di pasaknya.
tak tumbang 
tak juga goyah.
itulah hebatnya iman. 

itulah lambang iman. 
umpama tiang gagah berdiri. 
bagaimana memperoleh iman yang kukuh? 
sebagai pelindung diri, dari mungkar dan laknat.
mudah........
SOLAT.
bukankah sudah terang lagi bersuluh....
solat itu mampu mencegah diri dari melakukan kemungkaran.
lambang solat pula seperti tiang...
jika manusia meninggalkan solat... 
maka robohlah tiang.

ya Allah...
ku bermunajat kepadaMu...
hanya kepadaMu sajalah untuk aku menyerahkan segala-galanya...
seluruh hidup dan matiku..
seluruh nafas yang berhembus di dadaku...
malah seluruh urat dan saraf yang mengalir di badanku..
setiap inci, 
setiap zarah kehidupanku...
adalah nikmat yang tak terhingga daripadaMu kepada ku sebagai hamba yang tak berdaya..
terima kasih ya Allah.
memberikanku kehidupan yang sempurna...
walau miskin.. 
tapi aku masih ada Allah..
yang membuatkan aku menjadi kaya.
kaya yang tak terhingga

Tuesday, 12 April 2011

kawan ketawa beribu, untuk kawan berduka satu dan dua. tak mungkin sampai seribu


 
dan sahabat itu sememangnya memerlukan usaha untuk kita kekalkannya 

malah ia amat memerlukan kita berusaha kekalkannya. walau apapun yang berlaku. 

 

Tuesday, 29 March 2011

Sains itu proses dan seni itu adalah hasilnya..... 

siapa kata ALquran itu ketinggalan? siapa kata Alquran tiada kaitan dengan sains? silap....... alquran itulah sains. dan sains itu sendiri terkandung di dalamnya. 
dalam ilmu sains yang disampaikan dalam kalamullah itu, ia tersusun dengan penuh kesenian. Alquran itu sendiri merupakan kesenian yang teragung. terunggul. penuh keunikan.  

Saturday, 26 March 2011

Rumah ketenangan.....


Rumah ini lambang ketenangan perindunya.
rumah ini menjadi saksi cinta manusia kepada Tuhannya.
rumah ini juga menjadi lambang kemegahan umatnya.
namun semakin menurun pengunjung untuk iktikaf di dalamnya.
semakin hilang perindu yang mencintainya.
semakin hilang juga mereka yang sentiasa mengunjunginya untuk mengabdikan diri sepenuhnya.
kemana hilangnya ummah yang menjadikan rumah ini sebagai tempat ibadahnya?
sungguh hairan.
itulah manusia.
walau berdiri megah rumah ini, ia hanya menjadi lambang sahaja.
tidak menjadi pendorong solusi manusia.
tidak menjadi pemantapan untuk merubah bangsa.
sedangkan keagungan semakin di lupakan.
kisah silam megahnya islam semakin pudar.
sewajarnya menjadi pendorong jihad.
agungnya lampau hampir sepertiga dunia ditakluk. 
tika itu amah megah islam.
namun mengapa ummah masa kini melupakannya.
barat diagung-agungkan.
ketimuran dan nilai2 islam ditinggalkan.
wacana ini harus diabdikan.
menjadi kenangan.
menjadi tauladan.
kerana islam itu addin.
penung kesyumulan
moga kita sebagai khalifah terus menegakkan islam
terus membangunkan islam.
kerana kitalah ummah akhir zaman.
penuh tipu daya syaitan yang menyesatkan ummah beriman.
sesungguhnya Rasulullah amat mencintai ummah akhir zaman.
kerana kita tidak pernah berjumpa Baginda, namun kita terus mempertahankan islam.
itulah kelebihan kita.
jangan dipersiakan.
jangan sesekali kita tinggalkan.
kerana sesungguhnya syurga itu benar.
neraka juga benar.
akal menjadi lambang manusia.
al Quran itu tunjangnya.
hadis pelengkapnya.
amalkanlah.
itulah pelindung manusia.