hati menjadi raja. anggota penggeraknya dan iman menjadi teraju utama. tak terlaksanan sesuatu perkara tanpa ada akal untuk selaras bersama. maka renungkanlah setiap butiran dan catatan. mungkin ada sesuatu yg menjadi iktibar maupun teguran... bacalah, bacalah atas nama Tuhanmu
Thursday, 23 June 2011
TAJUL SALATIN
Dengarlah olehmu hai yg budiman
Budi itulah sungguh pohon ahsan
kerana ahsan itu puri budilah
jika lain maka lain jadilah
org yg berbudi itu kayalah
yg bukan berbudi itu papalah
jika kau dapat harta alam ini
dan budi kurang padamu di sini
bahawa kesini jua namamu
dan segala ke sini pun adamu
jika kamu mahu menjadi kaya
mintalah budi bagimu cahayai
hai Tuhanku Bukhari yg biasa
minta selamat budi sentiasa
sudah taju'ssalatin fi lawhir
dan Bukhari dengan taju itu fakir
seribu syukur kepada Tuhannya
sebuah karya unggul Bukhari al Jauhari yg menggambarkan masyarakat melayu nusantara dan gugusan kepulauan melayu mempunyai dan memiliki satu keindahan dalam berbahasa.
mempunyai kesenian dalam berbicara.
penuh madah
puitis
sinis
agung karyanya
dan utama pendidikan yg disalurkan melalui bahasa.
keutamaan pendidikan dalam masyarakat.
berteraskan 3 prinsip dalam islam.
aqidah
ibadah
ehsan.
ku persembahkan karya ini dari tajul salatin sebuah karya epik ketatanegaraan dan undang2 melayu tradisional
Wednesday, 22 June 2011
kesusasteraan melayu
Sebuah hikayat lama.
menjadi rebutan seantero dunia dlm arenanya.
menjadi kajian sarjana-sarjana tak terperi hebatnya
hanya bngsa melayu lupa pada asl usul sejarah bngsa
katanya. sastera halusinasi tanpa sempadan di mata.
mereka lupa, para penjajahlah yg menyimpan rapi karya epik dalam simpanannya.
sedangkan kita hanya salinan semata.
kalau benar tidak berharga, mengapa mereka tidak memulangkannya.
sulalatus salatin menyimpan sejuta rahsia.
saat raja Suran turun ke dunia bawah laut menggunakan peti yg diperbuat dripada kaca. yg tahan kalisnya dan mmpunyai udara.
Nah, inilah dia ilmu yg trsembunyi.
sebuah gagasan femikiran yg tnggi. bg mereka yg tdk berilmu. fantasi katanya.
dengan gagasan ini. sekarang tercipta sebuah pengangkutan dalam air bergelar kapal selam.
JANGAN SESEKALI DICELA ATAU DIHINA MEREKA YG MENDALAMI DUNIA BAHASA ATAU KEINDAHAN PADA SUCINYA KARYA MELAYU KESUSASRETAAN
menjadi rebutan seantero dunia dlm arenanya.
menjadi kajian sarjana-sarjana tak terperi hebatnya
hanya bngsa melayu lupa pada asl usul sejarah bngsa
katanya. sastera halusinasi tanpa sempadan di mata.
mereka lupa, para penjajahlah yg menyimpan rapi karya epik dalam simpanannya.
sedangkan kita hanya salinan semata.
kalau benar tidak berharga, mengapa mereka tidak memulangkannya.
sulalatus salatin menyimpan sejuta rahsia.
saat raja Suran turun ke dunia bawah laut menggunakan peti yg diperbuat dripada kaca. yg tahan kalisnya dan mmpunyai udara.
Nah, inilah dia ilmu yg trsembunyi.
sebuah gagasan femikiran yg tnggi. bg mereka yg tdk berilmu. fantasi katanya.
dengan gagasan ini. sekarang tercipta sebuah pengangkutan dalam air bergelar kapal selam.
JANGAN SESEKALI DICELA ATAU DIHINA MEREKA YG MENDALAMI DUNIA BAHASA ATAU KEINDAHAN PADA SUCINYA KARYA MELAYU KESUSASRETAAN
Ibarat sebuah hikayat lama. menjadi kenangan tersimpan rapi
Kenangan sentiasa membuatkan seseorang tersenyum, menangis, ketawa, mahupun berduka. semacam ada sesuatu yg membuatkan kita kenang kembali sejarah silam walau baru beberapa purnama meninggalkannya.
dan aku....... adalah manusia itu. masih lagi dalam bayangan lalu. aku seperti dalam gelungan waktu yg tidak brganjak. sama ada menongkah awan mahupun menempuh mimpi. dan aku juga seorg mnusia yg tengglam dalam memoir lalu.
sejarah mmbuatkan seseorg beljr dri kesilapan, belajar mmbuat lebh cemerlng dri sejrh lalunya. atau sejrh juga mmbuat mnusia lalai dan leka. seperti jerangkap. sama sekali jerangkap itu tak akan melupakan rusa. bahkan mungkin rusa yg melupakan jerangkap.
Monday, 20 June 2011
masa lalu menjadi ukuran.
salah satu tanggunjawab ak masa dekat smk pengkalan permatang.
ak sampai sekarang x prnah mnjangka akn jadi seorng pngawas skolah. lima thun ak dekat smkpp, slama tu lah ak mnyangdang jawatan sebagai pengawas pusat sumber dan 2 thun brturut ak jdi ketua kelas. yg sedikit emo. hahhahaah. msk f6 ak jdi pengawas sekolah pulak 2. mngejutkan dan mmpunyai jwtan exco kebajikan. tapi yg mmbuatkan ak pelik ak diwatikahkan sebagai exco agama dan moral. bagi ak ak terima seadanya. kesyukuran adalah perkara yg plng pntng dlm hdup. 2 tonggak utama dlm hubngan hablum minan nas
dan gambar kat atas 2 sbagai bukti dlam arkib khdupan ak. sebgai pncetus kenangan manis. dlm pic 2 cma ad f5 ngn f6 aje. pic ni semcam kenangan terakhir prkhidmatan kitorang la. dan ak akn terus mningglkan sekolah itu tnpa menoleh lagi. ak x akn bergelar pelajar sekolah lagi stlah diberi pluang mnjdi pljr smula slpas f5.
Thursday, 16 June 2011
pemakmur bumi
seperti yang sedia maklum, manusia akan membesar dan membesar. masa akan terus berjalan. dan manusia juga akan terus meningkat usia hari demi hari. kadang-kadang kita lupa kepada kenyataan yang sebenar penciptaan kita di muka bumi ini. kenyataan yang sepatutnya menjadi testimoni utama insani di muka bumi ini. MENJADI KHALIFAH MEMAKMURKAN MUKA BUMI. Malangnya manusia terus menjadi serakah dalam setiap khazanah yg melimpah ruah.
kebobrokan insani
kalau diperhatikan setiap ruang akhbar dan bulitin utama sama ada warta terkini atau edisi semasa. anda sudah pasti akan melihat setiap perilaku keganasan, pembunuhan, pelacuran, dan yg paling utama kebejatan remaja masa kini. masalah terus membelenggu tanpa henti. dan yang paling malangnya. ia melibatkan UMMAH ISLAM. Dimana panduan insan yg mengaku mengucap dua kalimah syahadah? dan dimana kita meletakkan alQuran dan as sunnah?
nantikanlah pembalasan anda
janji Allah itu benar, mati itu juga benar, alam kubur itu benar, alam akhirat itu benar. syurga itu benar. dan neraka itu benar. maka bangunlah ummah-ummah ku sekalian kembali ke pangkal jalan. mulakan kehidupan berlandaskan agama yg benar. ADDIN NUR ISLAM. jangan nanti kala kita melihat matahari sudah tiada di timur lagi. maka lihatlah janji-janji yg sebenar, kala terbitnya mentari di barat. kalam di kiri dan kanan mu sudah tamat dan tiada lagi diterima semuanya. pesanan untuk ku, kamu, dan seluruh ummah. menjadi pedoman dan menjadi tauladan
Monday, 9 May 2011
manusia sentiasa lupa untuk terus bersyukur dan mendambakan kesyukuran.
kalau dikurniakan kebahagiaan, manusia alpa dan leka.
menjadi lalai dan tergoda.
kalaulah manusia itu diberi segunung emas dan permata,
pasti manusia menginginkan lebih dan lebih.
melangit dan meninggi
sentiasa menghemburkan emas dan harta dunia pada kesenangan yg fana dan sementara.
kalau dikurniakan kebahagiaan, manusia alpa dan leka.
menjadi lalai dan tergoda.
kalaulah manusia itu diberi segunung emas dan permata,
pasti manusia menginginkan lebih dan lebih.
melangit dan meninggi
sentiasa menghemburkan emas dan harta dunia pada kesenangan yg fana dan sementara.
Subscribe to:
Posts (Atom)


