Friday, 29 April 2011

Hidup tak selalunya cerah.... dan hidup juga tak selalunya indah.


kesempurnaan hidup bukan berlandaskan kepada kegembiraan semata mata. tetapi manusia kadang2 memerlukan kedukaan sebagai mewarnai kehidupan. dan aku tak terkecuali dalam mewarnakan kanvas kehidupanku. manusia kadang2 memerlukan air mata untuk mengubat hati. manusia juga memerlukan kesedihan untuk meluahkan apa yang terpendam. gembira bukan hak mutlak dalam hidup manusia. merintihlah untuk melegakan hati yang sedang merana. dan air mata juga salah satu penawar manusia menuju ke syurga. mengalirkan lah air mata mu tanpa mengira lelaki ataupun wanita. tiada pengasingan dalam kita untuk mencurahkan kesedihan. buang lah ego mu. 

Monday, 18 April 2011

Hidup seseorang memerlukan kekuatan diri yang ampuh. 


iman merupakan tiang. 
kukuh di pasaknya.
walau ditiup angin.
walau dilambung badai.
kukuh di pasaknya.
tak tumbang 
tak juga goyah.
itulah hebatnya iman. 

itulah lambang iman. 
umpama tiang gagah berdiri. 
bagaimana memperoleh iman yang kukuh? 
sebagai pelindung diri, dari mungkar dan laknat.
mudah........
SOLAT.
bukankah sudah terang lagi bersuluh....
solat itu mampu mencegah diri dari melakukan kemungkaran.
lambang solat pula seperti tiang...
jika manusia meninggalkan solat... 
maka robohlah tiang.

ya Allah...
ku bermunajat kepadaMu...
hanya kepadaMu sajalah untuk aku menyerahkan segala-galanya...
seluruh hidup dan matiku..
seluruh nafas yang berhembus di dadaku...
malah seluruh urat dan saraf yang mengalir di badanku..
setiap inci, 
setiap zarah kehidupanku...
adalah nikmat yang tak terhingga daripadaMu kepada ku sebagai hamba yang tak berdaya..
terima kasih ya Allah.
memberikanku kehidupan yang sempurna...
walau miskin.. 
tapi aku masih ada Allah..
yang membuatkan aku menjadi kaya.
kaya yang tak terhingga

Tuesday, 12 April 2011

kawan ketawa beribu, untuk kawan berduka satu dan dua. tak mungkin sampai seribu


 
dan sahabat itu sememangnya memerlukan usaha untuk kita kekalkannya 

malah ia amat memerlukan kita berusaha kekalkannya. walau apapun yang berlaku. 

 

Tuesday, 29 March 2011

Sains itu proses dan seni itu adalah hasilnya..... 

siapa kata ALquran itu ketinggalan? siapa kata Alquran tiada kaitan dengan sains? silap....... alquran itulah sains. dan sains itu sendiri terkandung di dalamnya. 
dalam ilmu sains yang disampaikan dalam kalamullah itu, ia tersusun dengan penuh kesenian. Alquran itu sendiri merupakan kesenian yang teragung. terunggul. penuh keunikan.  

Saturday, 26 March 2011

Rumah ketenangan.....


Rumah ini lambang ketenangan perindunya.
rumah ini menjadi saksi cinta manusia kepada Tuhannya.
rumah ini juga menjadi lambang kemegahan umatnya.
namun semakin menurun pengunjung untuk iktikaf di dalamnya.
semakin hilang perindu yang mencintainya.
semakin hilang juga mereka yang sentiasa mengunjunginya untuk mengabdikan diri sepenuhnya.
kemana hilangnya ummah yang menjadikan rumah ini sebagai tempat ibadahnya?
sungguh hairan.
itulah manusia.
walau berdiri megah rumah ini, ia hanya menjadi lambang sahaja.
tidak menjadi pendorong solusi manusia.
tidak menjadi pemantapan untuk merubah bangsa.
sedangkan keagungan semakin di lupakan.
kisah silam megahnya islam semakin pudar.
sewajarnya menjadi pendorong jihad.
agungnya lampau hampir sepertiga dunia ditakluk. 
tika itu amah megah islam.
namun mengapa ummah masa kini melupakannya.
barat diagung-agungkan.
ketimuran dan nilai2 islam ditinggalkan.
wacana ini harus diabdikan.
menjadi kenangan.
menjadi tauladan.
kerana islam itu addin.
penung kesyumulan
moga kita sebagai khalifah terus menegakkan islam
terus membangunkan islam.
kerana kitalah ummah akhir zaman.
penuh tipu daya syaitan yang menyesatkan ummah beriman.
sesungguhnya Rasulullah amat mencintai ummah akhir zaman.
kerana kita tidak pernah berjumpa Baginda, namun kita terus mempertahankan islam.
itulah kelebihan kita.
jangan dipersiakan.
jangan sesekali kita tinggalkan.
kerana sesungguhnya syurga itu benar.
neraka juga benar.
akal menjadi lambang manusia.
al Quran itu tunjangnya.
hadis pelengkapnya.
amalkanlah.
itulah pelindung manusia.
 

Friday, 25 March 2011

cerita tentang sebuah kesunyian......

kadang2 seseorang pasti akan merasai saat kesunyian dimana dia pasti akan berasa tiada siapa disisinya. malangnya manusia kadang2 alpa dengan sang Maha Pencipta. Maha Melihat lagi Maha Mengetahui. sering mendengar bisikan kita yang tidak didengari oleh manusia lain. jadikanlah Allah sebagai tempat mengadu. sesungguhnya Allah pasti akan mendengar. Allah tidak akan sesekali mengabaikan manusia yang sentiasa merintih kepadanya. 

Sesungguhnya kita sebagai hamba yang menghuni dunia yang fana ini pasti akan kembali ke daerah yang sepi. Di situ tiada peneman. Tiada berdua. Kita akan berseorangan di liang lahad. hanya amalan kebaikan, doa anak2 yg soleh dan sedekah jariah yg menjadi peneman di kala kita keseorangan di situ. di kala malaikat mendatang. tiga perkara itu yg akan membantu kita. 

Manusia juga tidak akan pernah terlepas dari melakukan kesilapan. kesilapan paling banyak akan berlaku saat kita berseorangan. aku sendiri tidak pernah terlepas dari masalah ini. Bila manusia berseorangan, pasti syaitan akan menggoda kita. membisikan deru2 kerosakan dan kebinasaan. itulah sifat syaitan yg maha menyesatkan. iman menjadi pendinding diri. takwa menjadi penghias. itulah sebaik-baik manusia.  

Monday, 21 March 2011

PENAT...

Letih. badan berbunyi. pelik tak???? hehehe.. apa tak nye... tulang2 aku kan pelik. kekiri bunyi. ke kanan bunyi. tak tau la. pe pe pon. sabar. setiap pekerjaan memerlukan kekuatan. walaupun hanya kerja yang ringan. setiap pekerjaan adalah anugerah dari Allah. setiap apa yang manusia lakukan pasti ada rasa nikmatnya. setiap pekerjaan yang di lakukan semata-mata kerana Allah, dan alhamdulillah aku amat bersyukur aku rasa bahagia dalam pekerjaan yang aku lakukan. syukur..........

untuk sekian kalinya.... aku dapat gaji untuk pekerjaan bulan pertama aku bekerja. sekali laki aku mengucapkan syukur kepada Allah. setiap titik peluh aku bermakna sangat. setiap apa yang aku lakukan telah dibalas. namun aku mengharapkan redha Allah. itulah matlamat penting setiap ummah manusia yg hidup di muka bumi ini. 

dengan duit yang tak seberapa itulah, aku akan gunakan untuk melenjutkan pelajaran. aku tahu memeng tak cukup, tapi dapat juga aku membantu meringankan bebean mak bapak aku untuk aku meneruskan pengajian di peringkat universiti nanti. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS...................... AKU MENUNGGU MU. AKU AKAN BERUSAHA UNTUK MENYAMBUNG ILMU AKU DI SITU........... PASTIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII